• Semasa

    "Kenapa Persendakan Kelantan? Awak Sakit Mental Ke?"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    "Kenapa Persendakan Kelantan? Awak Sakit Mental Ke?"

    Seorang pelawak Komediri, Haikal, mempersendakan rakyat negeri Kelantan secara terbuka di kaca tv, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

    "Kelantan is the state with the highest HIV cases in Malaysia. That's why the Kelantan football team is the best. Because they're great, at passing it (HIV) around." katanya dalam program terbitan Astro, Komediri. 

    Menjelaskan tindakannya, Haikal menganggap Kelantan sebagai sebuah negeri yang miskin, rakyatnya kurang berpendidikan, kes HIV di Kelantan tinggi dan kes-kes dadah. Haikal turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tetap beria-ria mahu menegakkan hudud meskipun masalah-masalah di atas masih belum diselesaikan sepenuhnya. 

    Bagi netizen, tindakan Haikal itu kurang cerdik dan secara tidak langsung telah mengguris perasaan anak kelahiran Kelantan. 

    Affiqah Zulkifly, tampil membidas semua dakwaan yang dilemparkan oleh Haikal, yang dianggap terlalu berani bersuara namun hanya sekadar 'main hentam' sahaja. 


    Sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, adalah tidak wajar untuk kita menyuarakan pandangan yang berunsur penghinaan terhadap mana-mana pihak sehingga menyakitkan hati dan menimbulkan rasa kebencian yang mendalam sesama manusia. 

    Sikap seperti inilah yang boleh mengakibatkan sesebuah negara hancur perpaduannya yang telah lama dipertahankan oleh datuk nenek moyang kita. Sebaik-baiknya, hargailah apa yang kita kecapi hari ini kerana kita hanya hidup di dalam negara yang sudah diperbetulkan berbanding suatu masa dahulu yang rakyatnya berpecah belah sehingga sanggup mengangkat senjata dan hilang nyawa. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad