Kelebihan Membaca 3 Qul Sebelum Tidur Elak Gangguan Jin, Syaitan Dan Sihir
Kelebihan Membaca 3 Qul Sebelum Tidur Elak Gangguan Jin, Syaitan Dan Sihir
Sebelum tidur amalkan membaca 3 kali (3 Qul) kerana amalan ini dapat:
Sebelum tidur amalkan membaca 3 kali (3 Qul) kerana amalan ini dapat:
Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan
Terhindar dari segala perkara yang buruk
Cara-caranya:
Ditempat tidur sambil duduk, baca surah tiga Qul (Dimulakan dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis setiap surah) sambil menadah tangan. Selepas membaca surah tiga Qul hembus pada tapak tangan dan sapu muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang sebanyak tiga.
Untuk anak-anak yang masih kecil, Ummi atau Ayah boleh baca 3 Qul, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada keseluruh badan anak.
Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:
“Nabi صلى الله عليه وسلم ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari)
Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dari-Nya. Semoga bermanfaat.
No comments