• Semasa

    INILAH TIPS 5 Sebab Untung Bernikah Di Usia 30an





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    INILAH TIPS 5 Sebab Untung Bernikah Di Usia 30an

    Rata-rata masyarakat kita mengganggap usia 30-an adalah usia yang telah terlewat untuk berkahwin. Bagi wanita, mereka akan lebih merasakan tekanannya apabila sering ditanya soal perkahwinan. Bak kata orang, jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Adakalanya jodoh ditemukan dengan pantas dan ada kalanya ianya terlewat. Ingatlah perancangan tuhan sangat sempurna.

    Jika anda telah mengenali seseorang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup, jangan memaksa pasangan anda untuk berkahwin sekiranya salah seorang dari anda masih belum bersedia. Jangan sesekali takut pada usia yang meningkat sekaligus memaksa anda untuk mempercepat mendirikan rumah tangga.

    Semakin meningkat usia semakin matang diri kita dalam menghadapi ujian-ujian hidup lebih-lebih lagi pada zaman yang serba mencabar kini.


    Di sini kami kongsikan kebaikan dan keuntungan berkahwin pada usia 30-an


    1. Pemikiran Lebih Matang Dan Emosi Lebih Stabil


    Menurut kajian, pada usia 30-an, setiap individu akan lebih tenang dalam menghadapi pelbagai situasi. Pada usia ini, perasaan individu untuk menghargai cinta dan menghargai diri seseorang akan lebih fokus.

    2. Tidak Lagi Mengejar Keseronokan Dunia


    Pada usia begini, rata-rata individu sudah puas berseronok. Pelbagai kejayaan telah dikecapi baik di peringkat akademik dan mungkin di bidang professional. Jadi, bercinta dan berkahwin pada usia begini pasti akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu, tetapi mencapai kebahagaian bersama di dalam rumah tangga.

    3. Pembentukkan Jati Diri Lebih Kuat


    Pada usia sematang ini, mereka yang telah berumur 30-an telah membina jati diri yang kuat. Mempunyai karisma dan mempunyai matlamat yang ampuh. Mereka yang mempunyai jati diri yang tinggi kebiasaannya dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih diredhai.

    4. Memiliki Ekonomi Yang Kukuh


    Kebanyakkan individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan bagus. Mungkin ada di antaranya telah memiliki kediaman sendiri dan mampu untuk menempuhi keadaan ekonomi yang mencabar. Oleh itu, rumah tangga akan lebih bahagia sekiranya masalah-masalah kewangan dapat di atasi.

    5. Matang Sebagai Ibu Dan Bapa


    Sekiranya dikurniakan rezeki dan cahaya mata, mereka yang berusia 30-an ini pasti mampu menjadi ayah dan ibu yang baik. Kematangan dan kesabaran yang tinggi akan menjadikan mereka ibu bapa yang mampu memberi kasih sayang yang terbaik untuk anak.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad