• Semasa

    Ikut Petua Ibu Ini Bagi Legakan Batuk Dan Selesema Anak, Guna 2 Bahan Saja





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Kebiasaannya ibu-ibu takkan dapat tidur lena jika anak kecil mengalami selesema dan batuk. Bayi akan meragam kerana hidung tersumbat serta batuk yang mengganggu tidur mereka.

    Sekiranya sudah mengambil ubat dari doktor namun bayi belum juga lega, ibu-ibu boleh cuba cara yang dikongsi oleh wanita ini. Dia menyapukan minyak bawang putih yang dibuat sendiri untuk meredakan batuk dan selesema anak.  Cara membuatnya juga dikongsi dan mudah saja, hanya dua bahan.

    Rahsianya minyak bawang putih

    Lebih kurang  4 hari lepas tergerak jugak hati nak buat ‪#‎minyakbawangputeh‬ ni memandangkan batuk anak-anak semakin kuat. Nak-nak si kakak Ayra. Selang seli ubat & madu, makin banyak pulak bunyi kahak.

    Bukan tak pernah ada org share pasal khasiat minyak ni tapi biasalah sikap tangguh bermaharajela. Tapi risaukan kakak dan adik yg malam-malam batuk kuat sampai muntah-muntah,ibu pun terus buat minyak nih...

    Rupanya sgt berkesan!

    Malam pertama sapu kat dada, belakang badan, pangkal hidung, betis & tapak kaki, malam itu juga keduanya tidur lena! Ajaib tak ajaib. Sambil-sambil sapu tu jangan lupa selawat berterusan!!

    Siang lepas mandi pun sapu juga. Dah 3 malam buat alhamdulillah batuk adik memang hilang. Kahak kakak pun dah tak dengar. Kenapalah tak cuba dari awal.

    Bahan pun sangatlah senang

    ● Minyak bayi/baby oil
    ● Bawang puteh

    Cara membuatnya seperti berikut:


    1. Bahan utama bawang putih dan baby oil.


    2. Bakar bawang putih dengan kulitnya sekali.


    3. Buang kulit, ketuk sedikit agar pecah kemudian campur dengan baby oil. Untuk botol baby oil yang kecil masukkan terus bawang dalam botol. Macam hakak gunakan botol besar jadi  asing 3 suku masukkan dalam botol lain.


    4. Inilah minyak bawang putih yang dah siap. 

    Senang kan. Klik butang SHARE jika korang rasakan artikel ini bermanfaat..
     Sumber: Facebook Ria Suria Sallehin

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad