• Semasa

    'Anak-Anak Cerdik, Mereka Tahu Bila Kita Tak Fokus Pada Ceritanya'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Berapa ramai di antara kita yang bercakap dengan anak-anak? Betul-betul bercakap? Di zaman gajet, texting dan sebagainya, hendak berbual dengan manusia lain (berhadapan) pun sudah satu masalah. Apatah lagi dengan anak sendiri.

    Alhamdulillah, saya ada tiga orang anak perempuan (pada waktu itu), kesemuanya bersekolah dan saya selalu juga menjemput mereka pulang. Kau tahu berapa banyak budak perempuan boleh bersembang? Bateri Energizer pun tak boleh lawan uih! Mereka boleh cakap, cakap, cakap dan cakap. Kau siap boleh tertidur, kau bangun dan mereka masih bercakap tak habis lagi (Hahaha).

    "Abah, tahu tak apa yang terjadi di sekolah tadi? Klip rambut saya yang warna purple itu jatuh, tapi yang pink masih lagi di rambut. Kawan saya tegur, eh klip jatuh tu, saya pun kutiplah. Dah kutip, ada habuk pula. Saya pun lap sikit dan pasang semula pada rambut bla bla bla..."

    Kau tahu apa saya patut buat? Boleh sahaja buat dek, tetapi tak. Saya tetap perlu fokus dan balas perbualan itu.

    "Oo, selepas itu, klip pink itu jadi apa pula?"

    Saya perlu mendengar. Anak-anak ini cerdik, dia tahu kalau kita tak fokus.

    KITA PERLU MENJADI PENDENGAR YANG BAIK, TERUTAMANYA PARA AYAH SEKALIAN

    Ibu-ibu biasanya, Allah sudah menganugerahkan mereka dengan kelebihan yang menyebabkan kerja-kerja parenting boleh datang sendiri pada mereka. Lemah-lembut dan penuh kasih sayang.

    Para ayah kena pulun lebih sikit. Kau di rumah, tiba-tiba anak jatuh tergolek. Siapa yang bangun dulu dan angkat anak itu?

    "Alahai anakku!!"

    Siapa yang cakap itu, ayah ke? Jarang rasanya. Biasanya ayah akan suruh anak bangun sendiri.

    "Dah, dah. Bangun. Tak apa, sikit saja tu, darah sikit saja,"

    Yang si ibu pula bagai nak gila bila tengok anak terjatuh.

    Ayah sekalian, kalau kita mahu anak kita membesar dalam suasana Islam, perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah, menjadi kawan baik kepada anak-anak dan dia memerlukan usaha yang gigih. Para ayah perlu 'get in shape', bina stamina, bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak. Tak adalah semput bila anak ajak bermain bersama.

    Habiskan masa bersama anak walaupun anak tengah main video game sekalipun. Duduklah bermain sekali dengan mereka. Inilah cara untuk kita pecahkan tembok dengan anak-anak agar mereka akan terbuka untuk bercakap dengan kita tentang apa sahaja. 

    Akan sampai satu masa nanti, mereka hanya akan bersembang dengan orang yang sentiasa bersama mereka. Dan sudah tentu kita lebih suka orang itu ialah kita, kan? Bukannya kawan tak tentu hala yang akan memberi nasihat yang bukan-bukan. - Ustaz Nouman Ali Khan | Terjemahan Waridah Lothpi

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad