“Abang, Pakailah Baju Kelawar Ayang Tu. Kalau Abang Pakai, Hati Ayang Jadi Senang dan Ceria. Baby Pun Suka Tau,” - Pinta Isteri...
Di
tempoh isteri mengandung, macam-macam permintaannya. Biasanya mengidam
makanan itu ini dan sebagai suami, tak sampai hati pula nak
biarkan isteri tak dapat benda yang diidamkan. Namun, berlainan pula
dengan kes seorang lelaki ini di mana isterinya meminta dia memakai baju
kelawar. Kedengaran seperti lucu, tapi.
Saya tak tahu nak luahkan pada siapa, lagipun malulah nak cerita pada orang.
Begini,
isteri saya sekarang mengandung empat bulan. Isteri saya suka meminta
yang pelik-pelik. Kalau bab makanan, saya tak kisah dan memang saya
selalu menunaikan apa yang dia idamkan. Yang saya tidak boleh tunaikan
ialah, dia meminta saya memakai baju kelawarnya. Saya terkedu bila dia
suruh saya pakai pakaian itu.
Katanya,
kalau dia melihat saya memakai baju kelawar itu, hati dia akan menjadi
tenang dan ceria 100%. Baby dalam perut pun suka. “Abang, pakailah baju kelawar ayang tu. Kalau abang pakai, hati ayang jadi senang dan ceria. Baby pun suka tau,” kata isteri.
Sekali
dua, saya boleh ikutkan permintaan dia sebab tak mahu dia merajuk.
Tambahan, kalau dia merajuk, memang payah sangat nak pujuk. Ini tidak,
hampir setiap hari dia suruh saya pakai baju kelawar itu. Buatnya
keluarga kami datang secara tiba-tiba ke, atau kawan-kawan/jiran datang
ke rumah, tak ke naya diorang tengok saya berpakaian seperti itu? Memang
pembawakan budak begitu ke? Biasanya permintaan pelik ibu mengandung
ini sampai bila? Takkan nak kena tunggu lagi 5 bulan kot?
No comments