• Semasa

    (15 Gambar) "Saya Beri Sewa Murah Sebab Mereka Susah, Tetapi Ini Balasannya?"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    KLUANG - Rumah yang disewa kepada penyewa adalah satu amanah yang perlu dijaga oleh setiap insan yang menyewa. Bagaimana rumah itu diserahkan kepada penyewa dalam keadaan bersih, terjaga dan kemas, begitulah keadaannya bila penyewa memutuskan untuk berhenti menyewa rumah tersebut. 

    Malangnya, penyewa rumah milik Umi Nazirah tidak berbuat demikian. Sebaliknya, rumah ditinggalkan dalam keadaan kotor, bersepah tak ubah seperti tempat pembuangan sampah. 

    "Sampai hati kamu buat seperti ini pada saya. Tak sangka betul ada penyewa berhati kering. Sudahlah kamu tidak membayar sewa rumah, selepas itu kamu hancurkan pula rumah saya. Biarlah Allah yang membalasnya. 

    "Tetapi saya hanyalah manusia biasa. Saya tidak akan maafkan kamu dan saya tidak akan menghalalkan apa yang kamu lakukan terhadap saya," katanya. 

    Menurut Umi, rumah miliknya itu yang terletak di Taman Sri Impian, Kluang, Johor itu diduduki oleh dua keluarga yang berjumlah 9 orang duduk sebumbung. Oleh kerana penyewanya sudah lama tidak membayar sewa, Umi dan suaminya tergerak hati untuk pergi memeriksa rumahnya itu. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati penyewanya telah lari dan rumah ditinggalkan dalam keadaan kotor seperti itu.















    Difahamkan, Umi juga memberikan kadar sewa yang rendah kepada keluarga berkenaan setelah bersimpati dengan mereka yang kononnya orang susah. Namun tidak menyangka begini pula balasan yang diterima selepas membantu mereka. 

    "Masa mula-mula masuk pun tak bayar deposit sebab dia kata dia orang susah. Sembilan bulan tak bayar sewa. Kata nak pasang grill tapi tak pasang-pasang pun," katanya.

    Umi mengaku bahawa dia tersilap langkah apabila tidak membuat perjanjian sewa rumah dengan penyewa. Apabila dihubungi, penyewa bernama Nadia pula enggan menjawab panggilannya. 


    "Saya dan suami nekad turun ke Kluang tetapi dimaki oleh suaminya. Dia janji mahu membayar sewa dan meminta peluang untuk duduk beberapa hari lagi sementara mencari rumah sewa yang lain. Saya percaya dan beri peluang namun dia menghilangkan diri (lari) sejak Ogos lalu," katanya.

    "Saya dah pesan pada mereka, buatlah seperti rumah sendiri. Patutnya mereka fikirlah kalau rumah sendiri, mestilah bersih. Ini tidak, semakin kotor dan hancur jadinya. Malah lampu dan kipas pun diambil oleh mereka.

    "Bukan saya mahu mengaibkan dia, tetapi hati saya geram dan kalau boleh jadikan sebagai satu pengajaran dan moga dia berubah selepas ini," katanya.

    Meskipun hati masih geram, Umi masih bersabar dan tidak membuat laporan polis terhadap bekas penyewa rumahnya itu, atas nasihat suaminya. Disebabkan itu juga, Umi terpaksa menanggung kos kerugian untuk membaik pulih semula rumahnya. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad