• Semasa

    "Saya Telah Melafazkan Cerai Talak Satu Ke Atas Nurfarahin" - Kata Ally Iskandar





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai seorang pengacara popular sebuah stesen televisyen swasta telah bercerai tersebar di media sosial sejak semalam. 

    Penerbit dan pengacara, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40, tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu melalui laman Facebooknya, 4 jam yang lalu. 

    Menurut Ally, beliau telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, pada 17 Ogos 2016, dengan persetujuan isterinya, Nurfarahin. 

    "Saya telah melafazkan cerai talak satu ke atas Nurfarahin di hadapan Hakim Syarie Azzeman Omar. Alhamdulillah urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar," katanya. 

    Jelas beliau, meskipun sudah tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan beliau dengan bekas isteri dan ahli keluarganya masih baik. - PIXEL MEDIA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad