• Semasa

    Bercinta 10 Tahun Belum Cukup Untuk Mengenali Pasangan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Pesanan buat mereka yang belum berkahwin. Kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang setelah berkahwin dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis tak reti flush selepas membuang, baru tahu dia cepat stress kalau ada masalah, baru tahu dia pemarah bila ditegur, baru tahu dan baru tahu. 

    Bercinta hatta 10 tahun, bergayut setiap malam, dating setiap hari belum cukup untuk mengenali seseorang. Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romatik dapat konvo bersama-sama, boleh berpegang-pegang tangan, makan bersuap dan semua yang sweet-sweet sampai diabetes, everything goes smooth all the time and live happily ever after. 

    Kalau kamu lihat yang indah-indah daripada kawan yang baru kahwin, itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kepada dunia. Realitinya? Susah payah perit air mata yang disembunyi, siapa yang tahu? 

    Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah-indah tanpa memikirkan amanah dan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan. Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja tidak cukup untuk kahwin segera sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk mempelihara maruah, bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah? Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu menjangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin? 

    Bersediakah kamu, pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi bersabar apabila isteri tidak masak sebab alahan mengandung atau anak meragam. Bolehkah kamu tetap tersenyum, menyinsing lengan memasak di dapur, kemudiannya menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga kelaparan, urus kencing berak dan mandikan anak-anak untuk beri isteri berehat? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari tanggungjawab itu semua sehingga kamu sanggup makan di luar? 

    Yang perempuan, sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup? Bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar dan lesu yang amat? You are giving your life for your children. Jangan mimpi nak makan, mandi dan tidur dengan aman selagi anak masih kecil. 

    Apabila kamu membentak marahkan orang tua, kenapa susahkan orang nak kahwin. Padahal kamu tidak sedar, ibu bapa sedang mendidik kamu bahawa, kehidupan selepas berkahwin bukan mudah. Sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba menghadapi susah sendiri tanpa mengharapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga dan ibu rumah tangga itu tidak mudah!

    Tak sedikit yang rumah tangganya runtuh disebabkan masalah kewangan, tak faham dan tidak melaksanakan tanggungjawab, tiada kepercayaan, persefahaman dan lain-lain walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam. 

    Malangnya kita hanya menyedari setelah berkahwin. Untuk menjayakan hidup berumahtangga, cinta saja tak cukup rupanya. Barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan dan disertakan dengan ujian, bukannya terus bergolek masuk dalam mulut. 

    Cuma ketika itu barulah kita sedar apa yang mak dan ayah kata, "Cinta saja tidak cukup,". 

    Khalif is the one yang bersamaku di saat Allah uji dengan pelbagai cabaran hidup. Ke sana sini menolong mummy angkat barang. Di saat anak-anak orang lain sedang bahagia dimanja, Khalif kena bersusah-susah dengan mummy. 

    My past is the best teacher ever. Moga Allah mempermudahkan perjalanan kami seterusnya. - Nasyrah Zainuddin, Founder NZ Boutique | PIXEL MEDIA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad