• Semasa

    Akhirnya Shukri Yahya Beri Jawapan Segala Tuduhan Budak 'Insta Famous'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Akhirnya Shukri Yahya Beri Jawapan Segala Tuduhan Budak 'Insta Famous'

    Akhirnya Shukri Yahya Beri Jawapan Segala Tuduhan Budak 'Insta Famous' - KUALA LUMPUR - Heboh apabila pelakon terkenal, Shukri Yahaya yang didakwa oleh seorang peminatnya yang kononnya pelakon lelaki berkenaan cuba menggodanya serta mengajak peminatnya itu melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya. namun Shukri menyangkal tuduhan berkenaan dan beranggapan tindakan wanita itu sebagai ingin mendapatkan publisiti.

    Akhirnya Shukri Yahya Beri Jawapan Segala Tuduhan Budak 'Insta Famous'



    "Saya sendiri maklum mengenai hal ini sejak pagi tadi apabila beberapa pihak cuba bertanyakan kesahihan perkara terbabit. Saya juga enggan mudah melatah kerana menganggap gadis itu ingin menjadi 'Insta famous' dan popular dalam sekelip mata.

    "Kenapa isu ini dibangkitkan ketika drama lakonan saya, Andainya Takdir, mendapat perhatian? Apakah ia dilakukan bagi mencalarkan imej dan reputasi saya?" katanya ketika dihubungi BH Online.

    Menurut laporan BH Online, mereka juga ada menerima kiriman paparan skrin dari seorang pelajar yang mengatakan dirinya cuba digoda oleh seorang pelakon lelaki iaitu Shukri yang juga memegang status suami. Daripada video yang dimuat naik oleh gadis terbabit, kelibat wajah seorang lelaki yang menyerupai Shukri turut kelihatan.

    Shukri turut memberitahu, kontroversi berkenaan telah mendatangkan masalah kepada dirinya apabila beliau kini perlu berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada banyak pihak, termasuk keluarga. "Saya bagaimanapun bersyukur kerana isteri, Tya Adnan, tidak mudah melatah dan percaya suaminya tidak sesekali akan melakukan perkara sedemikian.


    "Lagipun, kalau saya nak buat onar, kenapa perlu meninggalkan bukti? Baiklah saya terus buat saja. Peminat juga tahu mana yang benar dan salah," katanya.

    Pelajar itu juga dikatakan enggan mempedulikan persepsi masyarakat terhadap dirinya dan menurutnya pelakon lelaki terbabit turut menyatakan hasrat untuk melakukan perkara tidak senonoh, gadis itu turut mendakwa pelakon berkenaan meminta beliau mengirimkan gambar bogel kepadanya. "Saya terkejut kerana wajahnya tidak sama dengan karakter sebenar beliau, katanya.



    "Saya terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kerana dia kembali mengganggu saya di WeChat dan langsung tidak menghormati bulan puasa. Lagipun, dia mempunyai isteri dan anak yang masih kecil. "Yang penting, saya dan dirinya tahu siapa yang bersalah dalam hal ini.

    "Kini, terpulang kepada pelakon terbabit untuk menjadikan insiden berkenaan sebagai teladan atau terus dengan sikap hipokritnya itu," kata beliau yang mengaku pernah meminati aktor berkenaan.


    http://www.koleksiviral.com

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad