• Semasa

    Kata-Kata Pak Menteri Ini Pasti Membuat Ramai Pemandu Teksi TERSENTAP !!





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]




    PUTRAJAYA - Keputusan Kabinet meluluskan operasi perkhidmatan Uber dan Grab adalah kerana kepentingan rakyat, lapor The Sun Daily

    Menjelaskan tindakan kabinet memberikan kelulusan tersebut, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan Kabinet itu adalah dipengaruhi kehendak rakyat. 

    "Kita tiada masalah untuk mengawal selia Uber dan Grab, kerana itu adalah apa yang rakyat mahukan. Kami bersikap objektif dan berpandukan kepentingan rakyat. 

    "Pengguna adalah aspek yang jauh lebih penting dari pemandu teksi. Apa yang rakyat mahu dan suka gunakan adalah faktor utama dalam keputusan kita megawal selia Uber dan Grab," katanya.

    Nazri turut memberi mesej yang mengejutkan, "Uber tidak akan diharamkan (di Malaysia)."

    Menurut Nazri, Grab dan Uber adalah organisasi nasional, merujuk kepada pelaburan tidak langsung Khazanah Nasional Berhad dalam permulaan teknologi dan DNA tempatan Grab. 

    "Sebagai Menteri Pelancongan, saya pastinya menyokong inisiatif teknologi untuk perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih efisien. Mereka (Uber dan Grab) adalah lebih kompetitif dan kadang-kala menawarkan tambang yang lebih murah dari teksi konvensional yang mana ia lebih baik untuk rakyat dan pelancong," katanya. 

    Nazri turut memberikan peringatan kepada pemandu teksi bahawa, kelulusan operasi Uber dan Grab sebagai peringatan untuk mereka membaiki perkhidmatan mereka. 

    "Kami tidak melupakan mereka. Ada beberapa insentif yang kita (Kabinet) telah luluskan minggu ini di bawah Program Transformasi Industri Teksi yang akan dilaksanakan tidak lama lagi oleh SPAD," katanya.

    Nazri berkata, kerajaan tidak akan tunduk terhadap ugutan para pemandu teksi kononnya mereka tidak akan mengundi parti pemerintah di Pilihan Raya Umum akan datang. 

    "Mereka buat kesilapan besar jika pemandu teksi beterusan mengugut kerajaan," katanya memberi amaran. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad