• Semasa

    ‘Roti Babi’: Jangan Salahkan Peniaga Dalam Perkara Ini Memandangkan Mereka Bukan Beragama Islam





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    ‘Roti Babi’: Jangan Salahkan Peniaga Dalam Perkara Ini Memandangkan Mereka Bukan Beragama Islam.

    ‘Roti Babi’: Jangan Salahkan Peniaga Dalam Perkara Ini Memandangkan Mereka Bukan Beragama Islam - MUNGKIN ramai yang tidak sedar bahawa selama ini anda terbeli roti yang dicemari dengan babi. Seperti yang kita sedia maklum babi merupakan najis mughallazah dan haram untuk dimakan oleh orang Islam.

    ‘Roti Babi’: Jangan Salahkan Peniaga Dalam Perkara Ini Memandangkan Mereka Bukan Beragama Islam



    Ramai yang ambil mudah berkenaan sijil halal di kedai-kedai roti terutamanya di pusat membeli-belah yang terkemuka di ibu kota. Mungkin kita beranggapan bahawa roti diperbuat dari tepung gandum maka sudah tentu ianya halal walaupun tanpa sijil dari Jabatan Agama Islam.

    Berdasarkan pengalaman kami di Universal Studio Singapura(USS), kami amat berhati-hati ketika membeli roti terutamanya dari kedai-kedai di pusat membeli belah terkemuka. Semasa di USS kami terkasima apabila terpandang roti yang berintikan babi ketika membuat pilihan roti yang mahu dibeli. Dengan serta merta kami meletakan semula roti yang dipilih dan berlalu dari kedai tersebut.

    Kejadian tersebut berlaku di Singapura maka boleh kita terima namun pengalaman membeli roti di Kuala Lumpur membuka mata kami bahawa bukan semua kedai roti di negara kita berstatus halal. Kami hampir terbeli roti dan kek yang mengandungi babi, Perkara ini membuatkan PRU14.tv terpanggil untuk mengeluarkan satu artikel bagi menyedarkan orang ramai berkenaan isu yang melibatkan makanan yang akan menjadi darah daging kita.

    Ketika berada dalam salah satu kedai roti di Kuala Lumpur, kami memilih beberapa “cheese cake” yang kelihatan sangat gebu dan menyelerakan. Memang kedai tersebut menjadi tumpuan pelanggan tanpa mengira bangsa. Malah ramai dikalangan mereka merupakan orang-orang Melayu yang beragama Islam.

    Bagi menghilangkan perasaan was-was dihati kami, suami pergi terus ke kaunter bertanyakan mengenai sijil halal. Menurut juruwang kedai roti tersebut, roti di kedai mereka tidak mengandungi arak dan minyak babi malah kesemuanya halal kecuali satu jenis roti sahaja yang berintikan daging babi.

    Mengucap panjang kami mendengar penerangan juruwang tersebut. Dengan segera kami meletakan semula “cheese cake” tersebut dan berlalu dari kedai itu.

    Jika satu jenis roti tersebut berintikan daging babi maka ini bermakna kesemua roti telah dicemari dengan najis mughallazah tersebut. Bayangkan tempat menguli tepung yang sama, oven yang sama, sinki yang sama dan lain-lain lagi telah menjadikan kesemua roti tersebut tidak halal dimakan oleh orang Islam.

    Sikap kita yang ambil mudah berkenaan status halal makanan yang menjadi darah daging kita merupakan punca utama perkara ini berleluasa. Bukan susah pun untuk kita bertanyakan mengenai sijil halal. Bukan susah pun untuk kita mendapatkan kepastian dari tuan punya kedai roti berkenaan status halal. Dan yang paling penting kita perlu mengelakan dari makan di kedai-kedai yang diragui status halal mereka bagi membendung dari berlakunya insiden termakan makanan haram.

    Oleh itu, pilihan ditangan kita. Dan kita yang tentukan jenis makanan yang bakal menjadi darah daging kita sendiri. Jangan salahkan peniaga dalam perkara ini memandangkan mereka bukan beragama Islam.

    Penanda aras yang perlu umat Islam pertimbangkan adalah mengenai sikap peniaga yang tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sijil HALAL. Tahukah kita bahawa peniaga ini enggan mendapatkan sijil halal kerana mereka mahu menjual roti yang mengandungi wine@arak dan babi yang kononnya lebih sedap.

    SYARAT-SYARAT PENSIJILAN HALAL MALAYSIA


    Pemohon atau pengilang hendaklah:

    1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Suruhanjaya Koperasi Malaysia / lain-lain agensi kerajaan.

    2. Mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / surat akuan dari agensi kerajaan.

    3. Beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.

    4. Mengeluar dan/atau mengendalikan produk halal sahaja serta mematuhi standard halal yang ditetapkan.

    5. Memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang diiktiraf.

    6. Memohon semua jenis produk/menu yang dikeluarkan di kilang/premis berkenaan.

    7. Permohonan bagi pembungkusan semula (repacking) hendaklah mengemukakan sijil halal yang diiktiraf bagi produk tersebut.

    8. Permohonan yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:
    i. Sebarang permohonan yang tidak mempunyai standard rujukan/garis panduan.
    ii. Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal.
    iii. Penggunaan jenama yang sama bagi produk halal dan tidak halal.
    iv. Produk yang tidak halal.
    v. Produk/premis makanan yang memberi implikasi negatif terhadap agama dan sosial (contoh: pusat karaoke, pusat hiburan, dadah, rokok, pewarna rambut dan pewarna kuku dan lain-lain).
    vi. Produk semulajadi yang tidak melibatkan sebarang proses seperti ikan segar, sayur-sayuran segar, telur segar (fresh egg) dan seumpama dengannya.
    vii. Baja dan makanan binatang.
    viii. Pinggan mangkuk.
    ix. Kertas.
    x. Produk yang menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hotdog, charsiew dan seumpama dengannya.
    xi. Produk siap dalam dan luar negara yang dilabel semula (relabelling) tanpa menjalani apa-apa proses di Malaysia.
    xii. Dapur / premis makanan / perkhidmatan penyajian makanan yang menyediakan makanan yang haram dari segi syarak.
    xiii. Produk yang masih dalam peringkat awal penyelidikan dan pembangunan (R&D).
    xiv. Produk yang boleh membawa kepada penyelewengan akidah, perkara khurafat dan penipuan.
    xv. Hotel yang mempunyai dapur yang menyediakan menu berasaskan babi.

    9. (i), produk-produk yang tidak mempunyai standard rujukan/garispanduan yang menepati kriteria seperti dibawah boleh dipertimbangkan:
    i. Mempunyai direct contact dengan makanan.
    ii. Wujud keraguan pada sumber bahan pembuatan/ ramuan yang kemungkinan dari sumber halal atau tidak halal.
    iii. Digunakan sebagai bahan bantuan pemprosesan/processing aids dalam proses pembuatan makanan.
    iv. Tidak menimbulkan kekeliruan jika dipersijilkan. Contohnya seperti:
    a. Penapis air
    b. Sabun pencuci
    c. Surface Sanitizer
    d. Lubricant (food grade)
    e. Bleaching Earth
    f. Tawas – Alum g. Ga

    Syarat-syarat di atas adalah syarat minimum yang perlu dipatuhi oleh sesebuah syarikat atau individu yang hendak memohon sijil halal daripada JAKIM. Sekiranya ada terdapat mana-mana syarat yang tidak dipatuhi, permohonan tidak akan dipertimbangkan sama sekali.(Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

    PRU14.tv

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad