• Semasa

    SAYU !! Rul Dimana Kamu.. Ibu Akan Terus Cari Kamu .. Ya Allah Temui lah Anakku Walau Apa Keadaan nya (5 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Rul Dimana Kamu.. Ibu Akan Terus Cari Kamu .. Ya Allah Temui lah Anakku Walau Apa Keadaan nya (5 Gambar)  Kuala Lumpur : Ibu mana yang tidak sayang anak, ini lah Puan Rohana ibu Azarul yang hilang di Broga tanpa sebarang tanda, dia pasar apa yang akan berlaku namun akan terus mencari anaknya walaupun operasi mencari akan dihentikan
    “Saya akan terus menggunakan kudrat empat kerat ini untuk cari dia walaupun misi mencari akan dihentikan malam ini,” kata Rohana Saad, 49, yang masih tabah menantikan anaknya, Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman, 20, yang dilaporkan hilang di Bukit Broga, petang Ahad lalu.
    Menurut Rohana, sebagai ibu, dia amat mengharapkan anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

    SAYU !! Rul Dimana Kamu.. Ibu Akan Terus Cari Kamu .. Ya Allah Temui lah Anakku Walau Apa Keadaan nya (5 Gambar)  


    “Namun apabila kehilangannya sudah memasuki hari ke empat, saya hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya keajaiban berlaku.



    “Naluri ibu ini kuat mengatakan dia masih ada di atas sana,” katanya.
    Menurutnya, sudah empat hari dia tidak tidur nyenyak kerana memikirkan insiden berkenaan.
    Kehilangan Azarul sangat misteri dan berlaku secara mengejut, Terasa seperti baru petang tadi dia memberitahu saya dia mahu ke Broga.
    “Tidak sangka pula dia tidak ditemui hingga hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
    Terdahulu, video Rohana mendaki Bukit Broga untuk mencari anaknya itu tular di laman sosial selepas dimuat naik oleh salah seorang sukarelawan yang turut berada di situ.
    Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan Rohana memanggil anaknya dengan nada sayup, sekali gus menyentuh perasaan pengguna laman sosial.
    Sementara itu Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mengikut prosedur operasi standard (SOP), operasi hanya dijalankan selama tiga h"Namun hari ini operasi sudah masuk hari keempat dan masih tidak menemui mangsa.
    "Bagaimanapun, satu perbincangan akan diadakan kira-kira 7 malam dan keputusan bergantung kepada pihak polis selaku ketua operasi," katanya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad