• Semasa

    Seorang Lelaki Terlalu Membenci Mertuanya.. Tapi Kata-Kata Ustaz Ini Membuatnya Menangis..





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Seorang Lelaki Terlalu Membenci Mertuanya.. Tapi Kata-Kata Ustaz Ini Membuatnya Menangis..

    Seorang anak muda jumpa saya tanya betapa benci dia dengan mertuanya. Dia dah 2 tahun mengelak jumpa mertua. Dia tak benarkan isterinya jumpa mak ayahnya..


    Saya tanya padanya bagaimana tergamak dia buat macam tu. Bayangkan kita ada anak perempuan. Kita dihalang jumpa anak yang kita melihat dia membesar di depan mata. Saya sangat sayangkan mak ayah mertua saya. Antara saat indah dalam hidup ini bila jalan dengan mak ayah mertua saya.

    Semalam saya singgah rumah mak ayah mertua. Sampai sahaja di rumah. Ayah saya berlari ambilkan nasi dan lauk untuk dihidangkan. Mak ambilkan lauk tambah dan letakkan air sejuk. Takper mak. Takper ayah. Ebit baru lepas makan. Makanlah di sini. Ebit dah lama tak makan sini. Saya sebak nak menangis. Takdelah lama. Mak ayah selalu hantar makanan ke rumah saya.

    Saya sayangkan mak ayah mertua saya. Mereka melahirkan bidadari saya. Saya amat menyayangi mereka. Bila dapat singgah rumah mak dan ayah mertua saya. Dapat salam dan cium tangan mereka. Dapat doa mereka. Saya terasa hidup saya berbeza. Apa yang saya usahakan jadi berkat dan mudah. Serius memang rasa berbeza dapat cium tangan mak ayah..

    Arwah mak yang teramat dan terlalu saya cintai berpesan, sayangi mak ayah mertua seperti mak ayah sendiri. Begitulah yang saya rasa sekarang. Merekalah mak ayah mertua terbaik dalam dunia..

    Tadi bidadari saya sedang saya bantunya untuk siapkan diri kerana dia belum boleh berjalan kerana kakinya belum sembuh. Dia menangis. Saya tanya kenapa sayang. Jawabnya, dulu jika sakit. Mak ayah abang orang pertama akan telefon dan sibuk nak datang tengok walau jauh. Mak abang akan tanya, macam mana nak mandi anak kecil-kecil waktu saya tiada di rumah. Macam mana nak uruskan anak lagi. Nak urus rumah. Nak masak. Cian anak mak. Bila mak abang cakap macam tu terus menangis. Rindu mak abang. Jika dia ada, mesti dia banyak menangis doakan sayang. Abang pun rindu mak sangat..

    Bila kita cinta dan sayang seseorang. Kita tak pernah berhenti sayang mak ayah bidadari kita. Mencintai apa yang dia cintai. Sayang dan mendoakan setiap ahli keluarga. Sedih bila lihat, anak muda yang berkahwin tak hormat mak ayah mertua.

    Bagaimana kita boleh bahagia tanpa restu ibubapa dan ibubapa mertua. Takkan kita nak orang tua mengalah dengan kita. Sepanjang hidup mereka berkorban untuk kita dan pasangan kita. Takkanlah baki hidup mereka kita tak boleh menyayangi dan berkhidmat buat mereka. Kita sayang mereka bukan kerana kita atau mereka. Tapi ia perintah Allah yang kita lakukan semata-mata untuk sukakan Allah.

    Anak muda tadi menangis..terima kaseh ustaz. Saya faham dah..- ebit lew

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad