• Semasa

    SAYU !! Selamat Jalan Sayang.. Sanggup Dia Bunuh Anak Saya Sebab Tolak Lamarannya (6 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Selamat Jalan Sayang.. Sanggup Dia Bunuh Anak Saya Sebab Tolak Lamarannya (6 Gambar)

    Kota Kinabalu : Kematian tragis perkerja Spa  Norfazlina Abantas akhir nya terungkai apa yang berlaku kepada gadis berusia 20 tahun ini amat tragis.

    Dia dibunuh rakan sekerja kerana enggan dan tolok lamaran lelaki terbabit, kesian keluarga mangsa apa yang berlaku amat tragis gara cinta tidak berbalas anak mereka dibunuh kejam.

    Mengikut laporan Berita Harian Polis mengesahkan gadis pekerja pusat spa di Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, dekat sini dibunuh sebelum mayatnya ditemui pada Ahad lalu. 



    Polis pada mulanya mengklasifikasikan kes kematian Norfazlina Abantas, 20, sebagai mati mengejut selepas gadis itu ditemui oleh majikannya dalam keadaan terbaring dengan darah keluar daripada mulut di spa berkenaan, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin. 

    Hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian gusi atas dan patah tulang hidung serta tercabut sebatang gigi atas, dipercayai akibat hentakan benda tumpul. 

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata pemeriksaan lanjut ke atas mangsa oleh doktor perubatan mengesahkan punca kematiannya disebabkan sesak nafas dipercayai akibat dicekik.

    "Susulan itu, siasatan menyeluruh dijalankan ke atas semua pekerja spa terbabit sebelum polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun, kira-kira jam 2.30 petang semalam kerana disyaki ada kaitan dengan kes berkenaan.

     "Hasil soal siasat terhadap suspek, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 25 tahun yang juga pekerja spa berkenaan, kira-kira jam 11 malam tadi di Kota Marudu. Dia disyaki suspek utama dalam kes ini," katanya di sini, hari ini. 

    Chandra berkata, berdasarkan siasatan awal, gadis itu dipercayai dibunuh selepas dikatakan menolak lamaran suspek utama. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad