• Semasa

    Pantang Undur Sebelum Kalah.. Richworks Tegaskan, Azizan Osman Peroleh PhD Dari U.S





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    PUTRAJAYA - Pantang berundur sebelum kalah, itulah yang dilakukan oleh pasukannya bagi mempertahankan Pakar Motivasi terkenal, Azizan Osman, berhubung status PhD yang diperolehinya. 

    Empat jam yang lalu, pengendali laman Facebook rasmi Azizan Osman, memuat naik kenyataan rasmi berhubung dakwaan gelaran 'Doktor' dan PhD palsu. 

    Dalam kenyataan itu, pihaknya kesal dengan kekeliruan dan kesulitan yang timbul. Namun menegaskan bahawa Azizan Osman memegang kelulusan Doktor Sains (Metafizik) dari Gordon University, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009. Malah, Azizan juga dikatakan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Hertfordshire University, United Kingdom di mana konvokesyen Azizan dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat. 


    Mengulas mengenai penafian yang dibuat oleh pihak Universiti Malaya (UM), pihak berkenaan mendakwa Azizan telah disasar dan diperdaya oleh pihak-pihak yang bukan wakil UM dan satu laporan polis telah dibuat. 

    Dalam masa yang sama, pihak berkenaan akan cuba memperbetulkan situasi tersebut dengan kadar segera bagi memulihkan kembali imej syarikat mereka. 

    Sementara itu di ruangan komen, netizen mendedahkan bahawa Gordon University yang dikaitkan adalah palsu. Malah, netizen juga mempertikaikan, mengapa menggunakan gelaran 'Doktor' sedangkan individu terbabit masih belum mendapat PhDnya secara rasmi? 




    Sekali lagi, netizen mendesak pihak Azizan Osman mengemukakan bukti kukuh bagi menyelesaikan isu ini dari terus menjadi bahan bualan orang ramai yang akhirnya akan menjerat diri sendiri. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad