• Semasa

    Kereta Ferrari Bernilai RM2.5 Juta Ditenggelami Banjir





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]



    BANGKOK - Peminat kereta mewah pastinya terkedu melihat sebuah kereta Ferrari yang bernilai RM2.5 juta ini terperangkap dalam banjir di ibu kota Thailand, minggu ini. 

    Kereta mewah itu terperangkap dalam banjir kilat di tengah jalan, di Jalan Ngam Wong Wan. Gambar kereta Ferrari California itu dimuat naik ke media sosial oleh Evo Magazine Thai Edition (EMTE), Selasa lalu. 


    Menurut EMTE, kos baikpulih yang melibatkan sistem elektronik kereta itu mungkin menelan belanja sebanyak RM70,000.

    Lapor Bangkok Post, hujan lebat yang turun mendadaknya menyebabkan berlakunya banjir kilat sehingga mengakibatkan kesesakan yang luar biasa di pusat bandar. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad