• Semasa

    "I Nak Raba You Sikit Je Sayang, Please"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    "I Nak Raba You Sikit Je Sayang, Please"

    Maka keluarlah pasangan bercinta ini bersama-sama, berdating berdua ke sana dan ke sini. Tiba-tiba si lelaki memecah suasana sunyi.

    Lelaki : I nak raba you sikit saja sayang. Bolehlah. Please..
    Wanita 1: Tak mahulah.Kalau kita terlanjur macam mana?
    Lelaki : Kalau jadi apa-apa nanti, kita kahwin terus sajalah. I jumpa parents you terus.
    Wanita 1: Betul? Serius? You nak kahwin dengan I?
    Lelaki : Betul sayang. Sumpah! You diam saja okay? Jangan cakap apa-apa. I pegang sikit-sikit saja. Bukan luak pun kan?

    Keesokkannya., hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tabiat buruk itu sudah pun menjadi suatu kewajipan.

    Setahun kemudian

    Lelaki : You, I dah nak kahwin. Hubungan kita sampai di sini saja.
    Wanita 1 : Sampai hati you tipu I. Dulu you janji nak kahwin dengan I. Tapi bila you dah dapat, you kahwin dengan perempuan lain.
    Lelaki : I lelaki, you ingat I nak kahwin kah dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat? I nak perempuan yang suci! Bukan macam you, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami.
    Wanita 1 : Sampai hati you cakap macam itu. Dulu masa you nak, macam-macam janji manis you bagi.Tapi sekarang you salahkan I pulak?
    Lelaki : I lelakilah! I cuma nak uji you saja tapi you bagi! I ambil rasalah.
    Wanita 1 : You memang jantan tak guna. I menyesal kenal dengan you!
    Lelaki : You menyesal? Tapi I puas! Jangan lupa datang kenduri I nanti.
    Wanita 1 : You akan dapat balasannya nanti.

    Lelaki tersebut kemudiannya mendapat  jodoh dgn wanita yang diimpikannya dan tinggalkan wanita 1 itu mereput kesedihan.

    Perbualan malam pertama lelaki dengan wanita yang baru dinikahinya:

    Lelaki : Sayang! I love you so much. Terima kasih sudi jadi isteri I
    Wanita 2 : Me too sayang. Muah cked!
    Lelaki : I bertuah kahwin dengan you.
    Wanita 2 : I pun. Sayang, I ada something nak beritahu you ni.
    Lelaki : Apa dia sayang?
    Wanita 2 : Sebenarnya, sebelum you, I ada 12 orang teman lelaki. I pernah tidur dengan semua teman lelaki I. Tapi, demi Allah SWT, untuk suka-suka saja. Cari kepuasan dan pengalaman sebelum berkahwin.. Tapi bila nak kahwin, I kenalah cari lelaki yang baik macam you untuk jadi suami I. You  tak kisahkan?
    Lelaki : ——–

    Allah S.W.T berfirman:

    “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” – An-Nur’ : 26


    Sumber

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad